Thursday, March 6, 2008

cara penjagaan kasut...

Kasut yang anda beli merupakan suatu pelaburan kepada keselesaan dan menjadikan anda kelihatan menarik. Kasut yang berkualiti tinggi biasanya menjadi tarikkan dan anda pasti akan menjadikan ia sebagai satu koleksi peribadi. Di sini kami akan menerangkan cara-cara terbaik untuk menjaga dan memastikan kasut anda berada di dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah:

Menggunakan semburan untuk kalis air dan kotoran

Semburan perlindungan merupakan cara terbaik untuk melindungi kasut anda daripada terkena air, salji dan sebarang tumpahan. Cara terbaik untuk melindungi kasut anda ialah dengan membersihkan sekeliling permukaan kasut kulit anda. Ikut arahan seperti yang terdapat pada botol semburan tersebut. Semburkan kasut anda sebelum digunakan dan amalkannya selalu.

Selalu menggunakan kasut dan cara mencegah kasut daripada cepat rosak

Jika anda bercadang untuk menggunakan kasut dengan kerap, anda haruslah membawa kasut anda ke kedai kasut untuk dibaik pulih. Ia merupakan idea yang terbaik. Anda Cuma perlu mendapatkan jahitan pada kasut anda. Selain itu anda juga boleh meletakkan tapak getah pada kasut baru untuk mencegah kasut daripada mengalami kerosakkan dengan cepat.

Penyelenggaraan kasut

Akhir sekali kami mencadangkan agar anda sentiasa membersihkan kasut anda dengan kerap bergantung pada kekerapan anda menggunakannya. Bahan pencuci perlu disesuaikan dengan kasut tersebut, ini kerana setiap kasut yang dihasilkan terdiri daripada bahan-bahan tertentu.
Kasut kulit boleh dikilatkan dengan menggunakan pengilat kasut yang disapu pada kasut dengan menggunakan kain yang lembut. Kasut kulit yang diperbuat daripada kulit lembut kelihatan menarik jika diberus dengan cermat. Berus yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan kulit kasut tidak mengalami kerosakkan. Kasut daripada fabrik pula hendaklah di sembur dengan semburan anti kotoran bagi memastikan kasut sentiasa kelihatan menarik.
Selain itu, terdapat juga kasut yang diperbuat daripada kulit pokok Nappa. Ia merupakan kasut yang terbaik dihasilkan.Ini merupakan pengaruh alam semulajadi dan ia juga memberikan suatu rekaan yang kukuh dan mampu bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.


myspace layouts

No comments: