Thursday, March 6, 2008

hai kawan-kawan...



Assalamualaikum.....dan salam sejahtera....sebelum tu nak bagitau, gambar kat atas tu, gambar aku lah...

Blog aku ni merupakan blog berkaitan dengan alas kaki kita...... Walaupun tajuknya "setapak menjadi beribu tapak", aku telah kaitkannya dengan kasut,selipar dan seumpama dengannya....Walaupun pada realitinya kasut sekadar dipakai di kaki, tetapi kamu semua tahu tak bahawa kasut amat bernilai dan mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan kita. Kasut atau selipar dan yang sewaktu denganya sering bersama kita walau di mana kita berada. Tanpa kasut dan yang seumpamanya tu, kaki kita mungkin akan tercedera dan kemungkinan kita dipandang tidak siuman dalam kalangan masyarakat. Oleh sebab itu, aku menyediakan blog berkaitan ini dalam bentuk informasi dan aku turut sediakan beberapa puisi yang berkaitan dengannya tau....Puisi-puisi ni adalah hasil nukilan aku sepenuhnya,bukan cetak rompak tau..Di samping itu aku turut selitkan sedikit hiburan untuk mereka yang melawati blog aku, misalnya aku sediakan permainan berkomputer,gambar-gambar untuk tatapan anda dan macam-macam ada lah...Selain itu, istimewa buat mereka yang melawat blog aku ni akan dihiburkan dengan latar lagu tau....Aku harap, sesiapa yang melawat blog aku, semua akan terhibur dan ringan-ringankan jari-jemari anda untuk memberi komen...sekian terima kasih...sayang semua...uuummmuuuahhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!

cara penjagaan kasut...

Kasut yang anda beli merupakan suatu pelaburan kepada keselesaan dan menjadikan anda kelihatan menarik. Kasut yang berkualiti tinggi biasanya menjadi tarikkan dan anda pasti akan menjadikan ia sebagai satu koleksi peribadi. Di sini kami akan menerangkan cara-cara terbaik untuk menjaga dan memastikan kasut anda berada di dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah:

Menggunakan semburan untuk kalis air dan kotoran

Semburan perlindungan merupakan cara terbaik untuk melindungi kasut anda daripada terkena air, salji dan sebarang tumpahan. Cara terbaik untuk melindungi kasut anda ialah dengan membersihkan sekeliling permukaan kasut kulit anda. Ikut arahan seperti yang terdapat pada botol semburan tersebut. Semburkan kasut anda sebelum digunakan dan amalkannya selalu.

Selalu menggunakan kasut dan cara mencegah kasut daripada cepat rosak

Jika anda bercadang untuk menggunakan kasut dengan kerap, anda haruslah membawa kasut anda ke kedai kasut untuk dibaik pulih. Ia merupakan idea yang terbaik. Anda Cuma perlu mendapatkan jahitan pada kasut anda. Selain itu anda juga boleh meletakkan tapak getah pada kasut baru untuk mencegah kasut daripada mengalami kerosakkan dengan cepat.

Penyelenggaraan kasut

Akhir sekali kami mencadangkan agar anda sentiasa membersihkan kasut anda dengan kerap bergantung pada kekerapan anda menggunakannya. Bahan pencuci perlu disesuaikan dengan kasut tersebut, ini kerana setiap kasut yang dihasilkan terdiri daripada bahan-bahan tertentu.
Kasut kulit boleh dikilatkan dengan menggunakan pengilat kasut yang disapu pada kasut dengan menggunakan kain yang lembut. Kasut kulit yang diperbuat daripada kulit lembut kelihatan menarik jika diberus dengan cermat. Berus yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan kulit kasut tidak mengalami kerosakkan. Kasut daripada fabrik pula hendaklah di sembur dengan semburan anti kotoran bagi memastikan kasut sentiasa kelihatan menarik.
Selain itu, terdapat juga kasut yang diperbuat daripada kulit pokok Nappa. Ia merupakan kasut yang terbaik dihasilkan.Ini merupakan pengaruh alam semulajadi dan ia juga memberikan suatu rekaan yang kukuh dan mampu bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.


myspace layouts

berhati-hati memilih kasut

Kasut sunbaby dari kulit babi
-ismail zaki-

Beberapa hari lepas sorang kawan merujuk kepada saya tentang kulit kasut yg dipakainya. Selepas beberapa kali meneliti kasut "bundle" yg dipakainya, saya dan sorg rakan yg lain bersetuju yg kulit kasut tersebut mempunyai ciri2 yg boleh dikategorikan sbg kulit babi. Terus kawan saya tu beli kasut baru dan menyamak kakinya apabila balik di rumah. Alhamdulillah, kawan saya tu tegas dgn pendirian. Apa yang nak saya tekankan di sini ialah, bukan sahaja kasut mahal yg dijual di kedai yg menggunakan kulit babi (kebanyakannya berjenama scotch), malah kasut bundle juga kalau kita tak hati2 juga diperbuat dr kulit binatang ni sebabnya brgn bundle ni asalnya adalah brgn mahal tetapi telah disedekahkan oleh pemiliknya kepada gereja utk menampung kewangan gereja. Disebabkan jumlahnya yg terlalu banyak, maka pihak gereja telah mengumpul dan mengekspot ke beberapa buah negara sebagai pakaian terpakai dan sebahagiannya sampai ke negara kita. Dan kita berebut2 kerana harganya yg murah biar pun kita tidak mengetahui asal-usulnya dan siapa pemakai pertamanya. Secara tidak langsung kita juga menjadi penyumbang kepada dana gereja yg sekrg ini tidak berapa mendapat tempat di hati penganut agama berkenaan di Eropah.

Mari kita semua kenali jenama kasut...

Bubblegummers

Bubbelgummers adalah kasut untuk kegunaan kanak-kanak. Jenama ini berasal dari Latin Amerika dan ia dibuat secara meluas di Asia dan Eropah. Kasut Bubbulgummers menawarkan quality yang terbaik, selasa, ceria dan bewarna warni untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 9 tahun. Ia juga menjamin kesihatan tumbesaran kaki kanak-kanak. Bubbelgummers mempuyai rekaan baru yang tersendiri dengan kombonasi bahan yang berkualiti pada permukaan atas dan tapak kasut. Kasut ini boleh diperolehi pada harga di antara RM11.99 hingga RM59.99. Sebahagian besar dari kolesi terbaru terbaru akan diperkenalkan melalui iklan.
Bubbelgummers juga memperluaskan produk keluarannya seperti bag bersantai, bag sekolah, alat tulis dan sebagainya. Jenama Bubbelgummers harus diberikan pujian kerana ia memberikan wajah baru kepada aksesori tambahan yang menggunakan tema kartun.

Power

Kasut Power mempunyai pelbagai jenis, kegunaan dan fungsi. Ia boleh digunakan untuk acara berlumba, latihan sukan, acara gelanggang, bola keranjang, bola sepak dan pelbagai aktiviti luar. Ia mempunyai fungsi yang digabungkan dengan kreativiti. Kasut Power mempunyai perbezaan mengikut kategori pemakai seperti golongan muda yang gemarkan trend kasual, relaksi beserta dengan fesyen terkini. Setiap kumpulan ini mempunyai fungsi teknikal dengan fesyen untuk mengukuhkan imej Power. Acara badminton adalah salah satu koleksi kasut Power yang paling terkenal serta digemari ramai.

Marie Claire

Kasut Marie Claire adalah untuk kegunaan wanita yang mengamalkan cara hidup yang aktif seta mereka yang mengikut gaya moden tradisional serta kontemperori. Kedai kasut Marie Claire telah berjaya dibuka di Amerika dan Asia.Jenama Marie Claire dimiliki oleh bata di seluruh dunia kecuali Jepun dan Korea

Weinbrenner

Koleksi Weinbrenner kebanyakkanya adalah kasut kulit, dengan pelbagai pilihan seperti but,potongan rendah, Mokasin serta kasut Trek. Potongan atau rekaan berpandukan daripada fasyen tetapi tetap mengutamakan rekaan dan pilihan kulit yang bersesuaian dengan suasana pelbagai kegunaan serta aktiviti luar yang lasak. Setiap potongannya masih berkait rapat dengan gaya rekaan yang kasual. Penutup bagi kasut weinbrenner biasanya mempunyai tali dan lubang untuk tali, ada di antaranya pula menggunakan pencangkuk, cicin-D dan tali kulit degan kepingan besi. Warna pada kasut biasanya menggunakan tone warna semulajadi termasuk hitam, coklat, CafĂ© dan burgundy. Tagline yang digunakan ialah “Outdoors is yours"

Comfit

Keselesaan menjadi asas penting dalam bentuk rekaan kasut Comfit dan ia menghimpunkan semua jenis kasut daripada jenis yang selesa. Banyak tarikan dan ciri-ciri yang terdapat pada kasut comfit, antaranya ialah jahitan berganda, molded, dan pelapik kaki yang memberikan kesan urutan pada tapak kaki. Pada kasut ini juga terdapat gelembung getah yang mampu memberikan sokongan pada kaki, kain lembut atau pelapik cambrelle turut digunakan untuk memberi imej selesa dan bergaya. Kebiasaannya kasut comfit menggunakan Getah, PVC, PU atau TPR pada bahagian tapak kasut. “Get Comfortable Today” merupakan Tagline yang digunakan bersesuaian dengan status kasut Comfit ini.


myspace layouts

Jom belajar pilih kasut buat si mempelai....

Kasut Pelengkap GayaApabila menyentuh tentang perkahwinan, perkara paling utama yang terlintas di fikiran pengantin dan sesiapa pun pasti berkaitan dengan pakaian pengantin. Namun perlu juga diingat, memakai pakaian indah ditambah solekan menarik siap hiasan kepala menawan tidak akan cukup sempurna jika perkara lain tidak diambil kira terutamanya kasut untuk dipakai kala majlis pernikahan mahupun bersanding.Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki ayam.

Panduan Kasut Perkahwinan

1. Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan

2. Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.

3. Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.

4. Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.

5. Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.

6. Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup
.

Bersamamu...ke mana jua....

Bersamamu....
Walau ke mana jua...
Walau ke barat, walau ke timur...
walau ke utara dan walau ke selatan...
kau tetap bersamaku...

sewaktu kakiku melangkah keluar dari pintu...
kau tetap bersamaku....
kau memberi perlindungan buat kakiku...
untuk ku melangkah dari setapak ke setapak....

sesungguhnya.......
kaulah satu-satunya...
yang bernama.......
kasut, selipar, sepatu, terompah....
yang membantu ku mengorak langkah ke hadapan...
membantu ku memajukan diriku...
sehingga aku di pandang insan yang siuman....
ketika ku memakaimu...
kaulah yang bersamaku...walau ke mana jua...


myspace layouts